Friday 8 July 2011

BERSIH yang tak berapa nak KUNING

BERSIH 2.0
Merata-rata, di kaca tv, di dada akhbar, di blog, FB dan e-news, dari mulut orang...
everywhere, pandemic, intoxicating, for better or worse? Entah.

Saya asyik terfikir-fikir mengenai BERSIH, walaupun IQ politik hampir mencapai takat beku... Mana tak nye, dah segala media membahaskan isu ini...
Apa itu BERSIH? Saya mencuba sedaya upaya untuk memahami maksud BERSIH, baik dari kacamata mereka, kacamata bulan, kacamata dacing, kacamata DnT...
In the end, saya menyimpulkan saya pon nak larut juga dalam euphoria BERSIH ini. Jadi, demi menghadapi tarikh keramat 9 Julai 2011, saya mempersiapkan segala persiapan untuk menghadapinya. Hoyeah.



Dengan penuh azam dan semangat kesukanan, selepas mengkelepekkan diri sejurus setelah sampai di rumah, saya masuk toilet, dan menyental segala kuman di seberang laut yang lebih kita nampak dari gajah depan mata, sehingga toilet menjadi seperti labu Cinderella. Bersih.

Kemudian, saya mengambil penyapu dan menyapu di serata pelosok yang mampu dicapai. Dibantu oleh puan mop dengan haruman floral... Bersih.

Setelah itu, saya mengeluarkan buku catatan (bukan diari okeh), dan mula mencatatkan tabiat zaman jahiliyah, apa yang telah berjaya diperbaiki, dan plan of action untuk masa depan. Muhasabah diri la ni.Yang kurang harus dipertingkatkan, yang baik harus dimenten... Bersihkan rekod yang Inche Malaikat Atid pegang.

Di klinik, daripada terkadang membebel secara tidak sihat dengan patient yang memang patut dibebel, tukar style. Cakap yang pendek, tapi biar melekat. Kurang bebel, kurang dosa. Bersih.

Tilik-tilik duit dalam bank. Kot ada bahagian mereka yang memerlukan? Put some aside. Biar bersih.

Kereta yang berbedak coklat yang tebal itu perlu dibawa ke saloon esok. Bersih.
Laundry yang ada setel cepat-cepat. Bersih.
Kerja bertimbun, habiskan segera, ikut priority. Bersih.

Memang banyak perkara yang perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk menjiwai BERSIH yang sebenarnya (kot).
Itulah conclusion yang otak cetek saya mampu jana setelah seminggu cuba melarutkan diri dari euphoria BERSIH. Politik? Err...cam tak brapa nak nampak, yet. Yang pasti...

Mulakan dari hari ini, mulakan dari perkara kecil, mulakan dari diri sendiri (pesan AAGym).

أصلح نفسك وادع غيرك
Perbaikilah diri kamu serta serulah orang lain

BERSIH satu sama.
Wallahu 'alam.
Peace.

-hakikat perbezaan memang wujud, sikapilah dengan baik; IHAB-

10 comments:

cinta cukulet said...

Yeeaaaa..I like this version of "BERSIH"..kalau susah nak buat sorang-sorang pun boleh gotong royong kan? now..sape nak tolong saya bersihkan bilik..hehehehe...

Puding karamel said...

kan ade amal jamaie?
hehe...boleh,boleh.sile sponsor tiket kapetobang

aku eta said...

baju yg dh siap basuh blom lipat lagi...sofa blom BERSIH dgn longgokan baju...oklah...esoklah akak join kempen BERSIH CARA AKAK...*peace*:D

Puding karamel said...

hoyeah!
saya pon kene sambung laundry.
jom kite BERSIH semampu kte...
Peace ^^V

Syafa Mohamed said...

akak telah mejalankan bersih versi comel..hik3...syafa suke....tergelak baca ini boleh tak...^^

Puding karamel said...

versi comel?haha,arigatou.

semua org akn pandang dr perspektif berbeza...
akan ada juga yg kata, hah, x de cite2 besar nk majukan negara, or, takat ni je level pemahaman dia terhadap BERSIH?sian...

perbezaan tu pasti...
peace

Akmal Khalidah said...

yeaaa . baru BERSIH kan bilik yang bersepah -,-

Puding karamel said...

^^
so,dah jumpa erti BERSIH yang sebenar?
the pictures worth a thousand words
peace

safiyyah said...

saya suka entry ni! alhamdulillah, terima kasih kerana mengingatkan

Puding karamel said...

sama2 la kita ^^
lama tak jumpe...