Thursday 21 July 2011

Dari pandangan mata mereka...

Kisah 1
Kisah semasa masih training di male medical ward di hospital super busy.
Masuk seorang pakcik India, kerana sakit hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan (alcoholic liver cirrhosis). Memang kes ini sering ditemui pada bangsa India, juga bangsa cina (menurut pengalaman saya yang cetek ini, bukan statistik  data).
Masa tengah tanya history dari pakcik itu, saya dengan tak tapis-tapis terus bertanya, 'Kenapa rajin sangat minum samsu sampai rosak hati ni pakcik?'
Waktu itu memang saya buruk sangka. Hati saya menggerutu, tu la, syok sangat minum arak, kan dah rosak hati.
Tapi reply pakcik itu sangat mendesup, 'Apa boleh buat kakak (satu bende tentang orang India ni mereka suka panggil kami, staf kesihatan ni, sebagai kakak, walaupon umur dia mungkin sebaya bapak saya), siang hari kerja banyak penat, jadi malam musti mau minum kasi hilang itu penat. esok mau sambung kerja lagi...'
Pakcik itu adalah salah seorang antara labour worker, pekerjaan yang memeras tenaga sehingga ke titisan peluh terakhir.
Arak yang kita pandang sebagai najis, malah merupakan penyambung hidup baginya, penghilang penat sebelum meneruskan hari esok yang tidak kurang melelahkan berbanding hari ini.
Saya rasa terkedu. Hidup yang saya rasa begitu mencabar dan melelahkan, kini terasa breeze berbanding pakcik tersebut.

Kisah 2
Adik melayu yang hampir menjangkau 20an itu terbaring dalam bilik pengasingan (isolation room). Badannya penuh parut-parut kurap, kurus kering dan tidak terurus. Masuk kerana penyakit TB paru-paru. Dan tidak habis makan ubat.
Geram betul saya, tak mau makan ubat, dah sakit tau pulak nak masuk hospital lagi.
'Ni kenapa tak makan ubat ni? Tak ikut follow up?'
'Kak, saya tak ada duit nak datang. Hidup merempat, menumpang kawan. Keluarga dah buang saya, sebab saya dah jadi macam ni'.
Saya terdiam. Malu dengan tindakan diri. Kadang-kadang dalam kesibukan arus hidup,  kita terlalu cepat jump to the conclusion... malah kita yang memilih untuk jump to the conclusion.
Setiap kali saya round di bilik itu pagi-pagi, saya akan pastikan senyuman tak tertinggal. Semoga adik cepat sembuh.

Kisah 3
Suatu tengahari yang indah, selepas ward round dengan bos, ketika masa melawat, kelihatan segerombolan wanita berpurdah mengelilingi seorang lelaki muda berjanggut, sambil membaca yasin. Agak terperanjat. Panorama yang jarang dilihat di wad kelas 3. Dan lebih memeranjatkan adalah apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut menderita penyakit AIDS. Saya pon tak ingat siapa yang menegur siapa dahulu, saya atau isterinya. Yang pasti ketika kami bercerita, sempat saya tanyakan tentang faktor risiko suaminya mendapat AIDS. Katanya, suaminya dahulu seorang penagih dadah, tetapi kemudian telah bertaubat dan dijodohkan dengannya. Mereka telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Baru sejak beberapa bulan yang lalu, suaminya mula menunjukkan gejala-gejala penyakit.
Wanita itu kelihatan bingung. Dia tidak menyalahkan takdir, tetapi cuma bingung apa yang patut dilakukan waktu itu. Katanya 'Saya tak pernah cek HIV, doktor, tapi saya dapat rasakan kuman ini dalam badan saya'. Saya memandangnya dengan penuh simpati, dan cuma mampu mencadangkan supaya dia dan anak-anaknya melakukan ujian saringan HIV.
Saya terkedu. Kalau bukan sebab dah tahu kisah dari isteri lelaki terebut, mungkin saya akan memandangnya dengan stigma.
Lelaki itu telah bertaubat. Lelaki itu telah memulakan hidup baru. Tetapi lelaki itu tetap menanggung akibat daripada perbuatan silamnya.
Bukankah sakit itu tanda Allah sayang?

* * * * *

Terkadang kita cuma memikirkan hal sendiri, sehingga tidak sempat melihat orang lain.
Terkadang kita taksub dengan pendapat dan prasangka sendiri, sehingga lupa memandang dari kaca mata mereka.
Terkadang kita lupa, yang kita ini semua sama.

Semoga Allah mengampuni kekurangan diri ini.

12 comments:

Dinas Aldi said...

Memang menginsafkan bila kita tahu situasi sebenar dan melihat hidup ini dari kacamata individu itu sendiri.

Akak dulu pun pernah marah student sebab tak buat homework. Rupanya lepas sekolah dia kerja sampai malam. Tinggal dengan nenek. Ibu dia GRO, ayah memang takda, dia anak luar nikah.

Kalau dia tak kerja, tak makan sebab ibu dia memang tak jenguk dia langsung dan tak bagi duit belanja. Nenek dah tua.

Lepas dah tau, dia datang sekolah tanpa henti saja pun dah buat akak rasa kagum pada dia.

Hantu Opera said...

TT_TT

Puding karamel said...

k Dinas ~
kan...
doktor dgn patientnya, cikgu dgn studentnya. bentukujian yg hampir serupa.

untung tanya.
ble dh tau rasa ketepek...dan rasa simpati n kagum jugak.

tapi kadang2 kalo time tgh sibuuuk especially tgh2 mlm klo ptn masuk, senang betul jump to conclusion. payah...
jiwa yang masih perlu dididik...

Puding karamel said...

hantu opera ~
TT_TT jugak

mutiara bd said...

sob-sob.. insaf sekali dengan ingatan dalam entri ini..

Puding karamel said...

semoga Allah ampuni saya dan anda semua...
sob sob jugak

Ann Huda (Ate) said...

Kita suka dan cepat sekali menilai manusia dg kacamata kita yang tah berapa lama tak di cuci. Pandangan bukan sahaja menjadi kabur dan tidak jelas tapi juga penuh dengan debu2 dan daki yang melekat.

Inilah juga yang dikatakan memandang orang lain menggunakan mata lalat.

Setelah mengetahui hal yg sebenar, kita istighfar dan menyesal, besok-besok kita su'udzon lagi dan lagi dan lagi...Itulah Ate...:(

Puding karamel said...

ate, itulah juga saya T_T
sering x lepas dari khilaf yang berulang2...
tapi mmg tu fitrah manusia kan...cepat lupa
yang penting muhasabah diri n back to origin...

sangat suke post mata lalat tu ^^

Inche gabbana said...

saya pon nak TT__TT jugak. mudah sgt kita ni bersangka buruk/su'udzan pada orang lain kan..?

moga allah membersihkan hati2 kita dari dosa-dosa berprasangka ini. kita da'ie dan bukannya qadhi!

allahu musta'an!

Puding karamel said...

memang sangat mudah...
memalukan sungguh

dan lebih payahnya,apabila daie berlagak qadhi, sehingga terjadi keguguran daun kecil secara massal.
apabila daun besar dipandang buruk,dikhuatiri seluruh pohon menerima impaknya.

sama-sama mendidik jiwa.
allahu musta'an

leena said...

salam kak..mintak izin share..best..:)

Puding karamel said...

sile,sile...
nak share lain kali teruskan je,tak perlu pakai minta izin ^^