Wednesday 21 September 2011

Reiyukai: Lambaian 'Haji' di Jepun

Masih ingatkah anda kepada Morita San?
Masih ingatkah akan keterujaan dia menunaikan solat yang pertama seumur hidupnya, dan kecomelan dia menggaru tangan semasa berdoa?

Morita San yang berdoa
Sememangnya fitrah manusia cenderung kepada agama
Dan meyakini agamanya itulah yang ter-best. Rentetan dari itu, tercetuslah kecenderungan untuk menarik orang lain untuk bersama memahami ke-best-an agamanya (tak gitu?)

Saya kira saya juga begitu.
Yang pasti, begitu juga Morita San.
Sebelum saya bercerita tentang Islam, dia telah terlebih dahulu cuba menarik saya ke arah Reiyukai. *Lap peluh*
The incident stretched back in 2009, during the first visit to Malaysia [ (Encik) Morita San dan (Puan) Okuzawa San ].
Initially, kedatangan asal mereka ke Malaysia bukan sekadar untuk mempromosikan CPR, tetapi juga adalah untuk memperkenalkan Reiyukai.

Hapekemendenye Reiyukai?
Itu jugala soklan saya menerusi emel kepada cik Nina yang juga menguruskan program Hyogo Team di negara jiran.
Malangnya, cik Nina juga antara pasti dan tidak.
Cuma dia bertanya, 'Morita San nak perkenalkan Reiyukai. Nak join tak? Dia akan sediakan kit Reiyukai untuk kamu.' Selain itu, Morita San turut menjemput kami untuk menghadiri somewhat yang saya faham sebagai 'kursus' untuk memahami Reiyukai selama 2 minggu di Jepun.
Saya dengan tidak syak wasangkanya terus bersetuju. Siap ecstatic lagi nak join kursus tu walaupon tak ada cuti.
Lagi pula cik Nina juga seorang Muslim. Nothing bad could happen. Begitulah fikiran saya.
Sungguh husnu-zan kan? Haha...

Setibanya mereka di KL, saya mula brief mereka tentang aturcara program mereka di KL.
Dan mulalah mereka bercerita tentang Reiyukai.
Dengan pengetahuan bahasa jepun yang tak kurang parah berbanding tahun ini, saya cuba memahami intipati Reiyukai itu.
Dan yang mampu saya fahami, ia merupakan pertubuhan yang menyeru kepada keamanan dunia.
(hohoho, macamana la saya boleh paham kot tu??? *gelak guling-guling* )
Jadi saya bersetuju untuk menjadi ahli Reiyukai yang pertama di Malaysia.
Dah siap isi borang, tinggal nak sertakan bayaran untuk Reiyukai kit sahaja. Kira macam tolong kawan la ni.

Keesokan harinya, kami menjalankan aktiviti ulung kami, ape lagi tak lain tak bukan promosi CPR kepada pelajar sekolah. Kami disertai Yoko San, seorang Japanese yang menetap di Malaysia.
Err... tang part Reiyukai tu tertolak tepi dulu, sebab masih juga kurang faham.
Selesai dari situ, kami ke hotel penginapan mereka, untuk menerima kit Reiyukai dan belajar mengenai cara penggunaannya.
Sepanjang perjalanan rancak mereka bertiga bercerita tentang Reiyukai dalam bahasa Jepun, saya yang memandu langsung tak tumpukan perhatian dengan perbualan  mereka, dan memang tak paham pon...

Setibanya di hotel itu, saya mula rasa tak sedap hati. Untung Yoko San boleh cakap broken English, dengan suara perlahan dan cepat-cepat, dia menjelaskan bahawa Reiyukai sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan agama, dan merupakan aliran dari Buddha *Jantung dah mula kehilangan irama*

Saya kemudiannya protes kepada Morita San dan Okuzawa San, dengan mengatakan saya seorang Muslim, dan tak mungkin akan meninggalkan agama saya.
Morita San dengan tenangnya menjelaskan bahawa tak ada masalah untuk saya mengikuti ajaran Reiyukai di samping menyembah Allah *mabuk lalat*
Bila mereka keluarkan Reiyukai kit yang berupa papan penyembahan nenek moyang, biji tasbih dan sebuah kitab kecil dengan sutra bahasa jepun dalam tulisan rumi (romaji), saya dah mula rasa berpinar-pinar.

 Papan penyembah nenek moyang [kredit]
Tambah terperanjat bila lihat di papan itu tertulis nama mak ayah saya.
Muka memang dah cuak abis. Langsung tak boleh kata apa-apa. Ketaq lutut dah.

Mereka meletakkan papan itu di atas meja, dan duduk menghadapnya. Tangan disatukan di hadapan dada dengan biji tasbih di antaranya.
With a kind smile, Okuzawa san said 'jom doa bersama-sama'.
*Sumpah nak pengsan*
I tried to buy some time, so I said, 'Tengok dulu. Tak mau doa lagi'.
Bila mereka mula chant, peluh tak kira jantina mula mengalir.
Bila terdengar nama mak ayah saya dalam chant tersebut, saya kira mungkin roh saya dah nak whoosh out dari badan saya ketika itu.
Unspeakable horror. Lagi seram dari tengok filem seram.

Bila mereka selesai tamatkan chant tersebut, tiada lagi darah yang tersisa di muka saya.
Saya kini faham, inti ajarannya adalah menyembah nenek moyang, disamping melakukan kebaikan. Sebab itu jutaan anggota Reiyukai international dari 18 buah negara dengan latar belakang agama berbeza boleh menganut fahaman ini.
Dengan suara yang tersekat-sekat, saya mula melontarkan apa saja perkataan jepun yang terlintas. Kasihan mereka, antara faham dan tidak, dengan bahasa saya yang lintang pukang dan emosi kurang stabil ketika itu.
Jenuh saya cuba jelaskan tentang konsep keesaan dan syirik kepada mereka.
Sehingga mereka faham prinsip saya, prinsip agama saya. Dan saya tegaskan tak mungkin Reiyukai ini dapat disebarkan di Malaysia. Random.
Wajah mereka tampak sedikit sedih. Saya sendiri rasa macam nak menangis, saya memang tak pandai say 'no' kepada permintaan orang. Rasa bersalah gile-gile.
Saya mohon maaf atas perkara yang terjadi, dan meminta izin untuk tumpang solat Asar di situ.

Alhamdulillah, mereka faham. Hubungan pon maintain baik.
Malah mereka menunjukkan penghargaan terhadap agama saya. Kata mereka, imej Islam memang agak buruk di kalangan mereka. Tetapi melihatkan kepatuhan dan ketegasan dalam situasi ini, sedikit terbuka mata mereka kepada agama ini, dari sudut pandang yang berbeza.
Sehingga keterujaan itu membawa kepada keinginan untuk cuba solat. Entah mungkin nak tengok apa yang best sangat dengan solat kot... ^^

Info tentang Reiyukai ada di sini
'Kursus' Reiyukai selama 2 minggu itu rupanya adalah pilgrimage dari kuil ke kuil untuk berdoa dan menghayati ajaran Reiyukai.
Now I know. Haish...
* * * * *

Fitrah dan lumrah
Menarik atau ditarik
Dakwah dan tarbiyah
Are you game for it?

10 comments:

Unknown said...

hurmmm, i wonder who you are dealing with and what for.heh

khuza hasan said...

penyembahan nenek m0yang..

ALLAHhu RABBI~
^^

Puding karamel said...

sesegar ~
who: Morita San from Hyogo CPT Team
for: CPR promotion, dan errr... tajmik adik2 sekolah menengah.hehe

Puding karamel said...

khuza ~
tu lah nye...tapi konpius nape nama mak bapak saya ada di papan tu. derang hidup dan sihat lagi,wuwuwuuuuu

Sidratul Muntaha said...

Mak aih kak...
kalau sy jadi akak.
saya nangis kat situ jugak mintak balik.
thanks kak.
after this i take this post as reminder.
before entering any program kena siasat dulu apa objektif program tu.

Dinas Aldi said...

Teruk la akak ni, walaupun serius perkara ni tapi akak gelak sakan start dari keluar papan penyembahan nenek moyang tu sampai habes, kahkahkah! (Because I know for sure you wouldn't be taken in)

Puding karamel said...

SM ~
mak aih jugak...
ekceli persetujuan mmg mengenai promosi CPR. Reiyukai tu came in as complimentary set,eheh.
Tapi yg visit 2011 tu purely CPR je la, no more mentioning of reiyukai.
betul tu fatin, akk terlalu cepat bersetuju, konon to do a favour kat member la.tak sangka pulak melibatkan agama, haih...

Puding karamel said...

k Dinas ~
masa tu mmg horor tahap raksaksa sotong kak.
tapi memang lawak tahap gaban la bila ingat2 balik sbenarnya.
it certainly taught me something.look b4 u leap
but i still do d same mistake now n then.
manusia....

p/s:k Dinas ni memang riang ria kan?haha

safiyyah said...

saya rasa awak banyak sangat pengalaman. jumpa orang macam-macam. walaupun masa tu darah tak mengalir di muka (hehe), tapi bila difikir balik waktu sekarang, cara awak berjaya handle situation akan buat awak hargai peristiwa tu. kan? moga jadi doktor yang menyumbang kepada Islam :)

Puding karamel said...

saya rasa awak juga...x ke?
org2 d new zealand certainly leaves a lotsa memories n impacts kan.
pakcik tua, the 'i love u' guy dll ^^
in fact i shared ur story dgn adik2 halaqah tadi,hohoho...JZKK for sharing ur wonderful experiences