Monday 16 May 2011

Selamat Hari Kita Semua

Macam-macam hari diwujudkan untuk menunjukkan appereciation kepada insan-insan istimewa. Hari ibu, bapa, kekasih (erkkk???), buruh, setiausaha, jururawat dan macam-macam lagi la...
Dan hari ini, specially dedicated to...
[kredit]
Siapa la yang beruntung dan terpilih untuk menjadi cikgu ni? Mesti ke ada ijazah dari institusi perguruan baru boleh jadik cikgu? kalau tak de, duduk diam-diam je la ye?

Isk...lets think out of the boxes, shall we?

Sememangnya, sejak azali lagi, cikgu adalah cikgu. Yang tu memang tak ada perbahasan lagi. Titik. Walaupon dari spisis yang berbeza, cikgu tadika, cikgu sekolah, lecturer, cikgu kanak-kanak istimewa, cikgu tusyen, mereka semua adalah insan mulia bergelar cikgu, yang memang memegang amanah untuk mendidik anak bangsa.

[kredit]
Tapi sedarkah kita, betapa ramainya lagi cikgu-cikgu yang sangat berjasa dalam hidup kita?? Lets check out...
Well, yang terpenting dalah hidup, first and foremost, adalah Allah, yang menciptakan manusia, dan menurunkan kalamNya dengan penuh kecintaan, diawali dengan kata... 'Iqra...' Cikgu yang Maha Agung, yang menciptakan dan kemudian mengajarkan kepada kita pelbagai ilmu. Daripada saat kita masih bayi, dah diajarkan tiga survival skill iaitu rooting, suckling, and swallowing. Dan dicurahkan pelbagai ilmu dan rezeki apabila kita makin menganjak dewasa, alhamdulillah...
[kredit]
Dan jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi qudwah hasanah dalam semua aspek kehidupan, baik dari kata-kata ataupun tingkah laku. Baginda menyahut seruan 'Iqra...' dan kembali menyeru 'Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat...', dan lagi, tetap mengingati kita sehingga akhir hayatnya dengan bisikan 'umatku, umatku...' Cikgu yang tiada duanya dalam dunia sepanjang zaman *insert selawat*


Dan jugak ibu bapa kita yang dari kecil mendidik kita dengan pendidikan fomal dan tidak formal di rumah, di samping menyediakan persekitaran yang terbaik untuk kita hidup, dari tak lahir, sampai dilahirkan, sampai membesar memanjang, sampai kawin (ade yang masih tinggal dengan parents lepas kawin kan), dan sampaila kita dipanggil menghadap tuhan. Itu lagi cikgu-cikgu yang tiada duanya...
[kredit]
Tak lupa jugak other family members, baik abang,kakak,adik yang membesar sama-sama dengan susu yang berjenama sama.Or extended family members, daripada tok nek sampaila anak sedara pupu. Yang  sedar tak sedar, dari kecil, banyak yang kite belajar dari mereka, baik atau buruk tu lain crite, eheh...
[kredit]

Dan jugak murobbi and murobbiah kite yang tak jemu-jemu mengejar kita yang hebat dan ligat berlari, demi untuk berkongsi sekelumit ilmu dan pengalaman yang ada di dada, bukan kerana mereka lebih pandai (walaupun ye jugak), tapi kerana mereka ingin kita tahu apa yang mereka tahu, demi menyahut seruan 'fastabiqul khairaat'.
[kredit]
Dan kawan-kawan seperjuangan dari pelbagai pelosok dunia, pelbagai background, pelbagai ragam. Terutama mereka-mereka yang bergelar sahabat hoyeaahhh! Dari mereka banyak yang kita belajar, terutama erti persahabatan, dan err.. buanyakksss lah. Sampaikan kita boleh kenal diri kita sendiri melalui sahabat kita. Bukankah sahabat adalah cerminan sahabatnya?
[kredit]
Dan dari tenaga-tenaga buruh (profesional atau bukan) tempatan maupon yang bertaraf antarabangsa, yang mengajarkan kita tentang ilmu-ilmu mereka secara langsung (muka ke muka) ataupon secara tak langsung (media massa). Contohnye (tak payah pusing kanan atau pusing kiri) doktor yang mengajar cara-cara untuk sembuh kepada pesakitnya (yang tu contoh paling utama okey,hehe,no offense), atau scientist yang mengajar kita tentang penemuan-penemuan baru yang menjana minda, atau musician yang mengajar kita tentang erti kehidupan dari bait-bait lagu yang dilontarkan, dan etc lah... banyak tak terkata...
[kredit]
Dan blogger-blogger hebat yang teguh di jalan blogging untuk berkongsi idealogi yang boleh diterima atau tak boleh diterima, tanpa penat jemu ...
[kredit]
Dan ntah sapa-sapa yang kita jumpa di mana-mana. Kadang-kadang dengan ter-perhatikan mereka, ada sesuatu yang dapat kita pelajari, atau at least boleh ambil ibrah la kan. Daripada usha orang sesaja, tapi apa pon tak dapat... atau jalan menonong sesaja, rugik...
[kredit]
Dan jugak banyak pelajaran yang boleh diperolehi dari haiwan yang telah Allah jadikan, daripada sekawanan angsa...yang mengajarkan Amal Jama'ie dari the infamous V formation...
[kredit]
...atau dari sekawan semut dengan semangat berpasukan yang terstruktur dan kedisiplinan/kerajinan yang tip-top...

[kredit]
...dan macam-macam lagi. Sile google, or rujuk buku teks sains, or paling best, Al-Quran. Dan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh famous mr Harun Yahya.


Begitu banyak peluang untuk kita belajar yang telah Allah anugerahkan, dari segala macam jenis cikgu, tinggal nak atau tak je kan...
Dan wajarlah ke atas kita jugak untuk kembali mengajarkan atau untuk level kite paling best adalah mengongsikan whatever je la yang kita tahu dengan orang di sekeliling kita, terutama yang tesayang, melalui kata-kata ataupun perbuatan, supaya kita boleh mendapat pahala (dan title jugak?!oh,no...) seorang guru. Bukankah sebaik-baik muslim adalah yang bermanfaat bagi yang lain?
[3:110]
'Ballighu 'anni walau aayat...'
Lastly, selamat hari guru! (to my teachers, n member-member yang merupakan teachers), jasamu dikenang! Barakallahu fiik...

[kredit]
Apa lagi???  Jom 'Fastabiqul khairaat'!!
Peace ^^V
Inspired by precious tonyet.

8 comments:

sayatakpakaigucci said...

selamat hari cikgu untuk puan doktor seperti anda yang tak jemu2 membimbing pesakit2 ^^

anda juga telah menjadi doktor yg merawat hati saya dgn komen2 anda sblm ni tau.. (u know what i mean kan hihi)
jzkk..


p/s 1: sifu anda tu mesti bangga kembang idung seminggu kalo die tau ada ucapan utk dia dlm ni hihihi..

p/s 2: saya suka belog ini^^.. teruskan menulis..

Puding karamel said...

sayatakpakaigucci- oho,ohisashiburi datta ne...aitakatta,huhu...nanka, taisetsuna mono ga naku nacchau kamo.ehehe...over x???
ne, mata meru choudai ne, anata no koto mo, ippai koto ga, shiritain desu.ne, koko ni konai?shichi gatsu ni?
anata kaa, watashi mo ippai koto ga benkyou suru kotoga demimashita.arigatou.selamat hari guru kepada kamu juga!^^V

Puding karamel said...

*anata kara

P/s sono sensei??dare daaaa????ahaks

Ann Huda (Ate) said...

Setiap kita adalah guru dan setiap kita juga adalah pelajar. So slamat hari guru buat anda dan buat diri saya sendiri ;). (Hari guru ni tak de related dg apa2 sejarah penganut kristen, mcm hari ibu dan hari misi kan?)

Puding karamel said...

oh,ate
sy tatau plak asal usul hari guru or hari2 lain...yg sy tau valentine n hari ibu jer...
klo ate tau nnt tlg kongsikan d blog ye?^^

khuza hasan said...

nk ucap selamat hari guru pada diri sendiri la..:)

Puding karamel said...

then, slamat hari guru cik lawyer ^^

khuza hasan said...

hehehe..
selamat hari guru utk kakak jugak
^^