Monday 16 May 2011

RIKA ~ the her-story ~

Dan ada satu lagi sebab kenapa saya tertarik dengan Rika. Adalah kerana background-nya. Dan social history-nya. Her upbringing is surely very contradicted with her casual, cheerful attitude. In my opinion that is...
She came from a broken family. Ayah dan ibu bercerai ketika usianya baru 15 tahun, waktu tengah nak ambil PMR. Puncanya adalah ayah kaki judi. Setelah bercerai, ibu selalu membawa teman-teman lelakinya ke rumah, di hadapan anak-anak. Abang sulung tak boleh diharap. Adik yang paling bongsu masih lagi bayi dan merupakan kanak-kanak istimewa. Dan ada dua orang adik perempuan yang masih bersekolah. Walaupun ibu bekerja di kedai makan di KL pada siang hari dan kedai makan dekat rumah pada malam hari, hasil pendapatan masih belum cukup untuk menampung mereka sekeluarga. Ayah hanya memberikan nafkah sampai dua bulan saja setelah cerai. Cikgu pula asyik mendesak minta yuran sekolah dilunaskan.  Maka Rika putuskan untuk berhenti sekolah dan bekerja, sebagai sales girl.

Ibu berkahwin lagi setahun kemudian, malangnya bapa tiri Rika ini kaki pukul pula. Kononnya sebab ada orang mengata yang ibu menggatal di tempat kerja, sehingga akhirnya ibu terpaksa berhenti kerja. Adapun si ayah tiri tak berkerja. Dengan rasminya beban menanggung keluarga jatuh ke atas bahu Rika seorang. Rika kemudian buat laporan polis mengenai sikap kaki pukul ayah tiri, dan kemudian ditangkap. Dan alhasil, perkahwinan baru itu pon tidak bertahan lama.

Kemudian ibunya berpindah ke kawasan yang agak jauh (tapi masih di bahagian Selangor la). Dan Rika membawa diri ke kota metropolitan Key Ell, demi kerjayanya, dan di situ dia tinggal bersama kekasihnya, encik Z, seperti pasangan suami isteri. Rika mengenali Z sejak tingkatan 3 lagi, tetapi hanya rapat setelah dia mulai bekerja, kerana Z lah yang menghantar jemput Rika setiap hari dari tempat kerja. Walaupun kisah keintiman hubungan mereka bermula dari sedikit paksaan, Rika tetap menyenangi lelaki ini, kerana Z disifatkan sebagai seorang yang penyabar dan mengambil berat. Dan sebab utama adalah, Rika tidak ada tempat bergantung sama sekali.
Waktu itu, Rika mulai ditimpa penyakit misteri tersebut, berupa demam tinggi setiap malam. Pada mulanya, dia dirawat di hospital lain di Selangor, sebagai pesakit PTB, smear negative. Empirically treated la ni ceritanya. Setelah komplit mengambil ubat TB selama 9 bulan, demamnya kembali menyerang, dan dia berpindah untuk mendapatkan rawatan di hospital-super-sibuk di tempat saya bekerja ketika itu.
Ok, switch off skema mode… Ya lah, kisah tadi kan berkisar sejarah, kena la skema. Eheh…
Agak tragis kan kisahnya? Tapi semangat juang dia sangat tinggi. Layak diberi tabik spring toing toing. Tak payah cakap banyak. Simple, buktinya saya jumpa dia di cubicle depan, cubicle pesakit demam-demam. Kalau orang lain, mungkin dah jumpa di cubicle paling belakang dalam wad tu, cubicle pesakit telan-menelan, tak kira la, panadol ke, detergen ke, racun tikus ke… Dan despite of her tough background, she was still able to keep the positive attitude within, masih boleh mengekalkan keceriaan dalam dirinya, malah menyebarkan keceriaan itu kepada orang di sekeliling, macam wabak pula gayanya. Walaupun ketika itu dia kehilangan tempat bergantung. Waktu itu mungkin Rika belum terbayang tempat bergantung yang paling hebat dan ultimate, Dia yang Maha menciptakan… Tetapi, Dia tetap mengingati Rika, dan menyayangi Rika, untuk diberikan peluang kembali kepadaNya.
Maha suci Allah, yang memegang hati manusia, yang mengatur takdir manusia dengan begitu indah sekali. Walaupun rumah Rika lebih dekat dengan hospital-hospital lain berbanding dengan hospital-super-sibuk itu, walaupun saya di wad itu hanya dua bulan (waktu saya jumpa Rika adalah pada 3 minggu terakhir sebelum tinggalkan wad), dengan takdir dan kehendakNya, dan kebetulan yang bukan kebetulan, dua orang yang langsung tiada kaitan boleh saling bertemu.
Dan di situ kisah persahabatan kami bermula.
-to be con’t-

4 comments:

anahazirah said...

xmustahil kan die mampu jd jauh lg hebat spt UMAR..perasan tak byk para daie start dr ZERO to HERO??

Puding karamel said...

mampukan dia???
stay tune, eheh..
rika, dis comment is for u!

mylittlepencil said...

setuju....memg ramainya daie ini start dari zero..

tp bila jadi hero, mereka sangat berharga !

ukhti, jadikan dia bagai sebuah mutiara yang berkilau untuk dakwah ini.

ana sentiasa di belakang, inshaALlah !

Puding karamel said...

iya
Rika has a BIG potential,sbb yg initiate perubahan adalah diri dia sendiri,dengan izin allah.sy x penah paksa atau push dia,semua dr kehendak dia.
kerana dia adalah antara logam yang hebat...
malangnya saya tinggal jauh,jadi dengan paksa dan rela nya sy serahkan dia kpd seorg member d KL.
Smg dia akan menjadi lebih baik bersama member tu berbanding semasa dia bersama saya.
mohon doa ye ukhti!^^