Monday 20 June 2011

The Last Gift

Kisah 1
Pakcik grumpy. Memang tu panggilan semua orang kepada lelaki melayu berusia 60an yang menghuni wad kelas 1 medical department itu.
Dah la grumpy, suka menyuruh-nyuruh pulak. Apatah lagi kepada saya yang bergelar kuli ni. Sememangnya dia sangat jauh daripada menyandang gelaran patient feveret di kalangan staf.
Tetapi kerja tetap kerja, dan adalah kerja saya mem-follow up dia setiap hari. Setiap kali nak follow up dia pagi-pagi, samada kena marah,
Doktor,jangan kacau pakcik! Pakcik nak tido.
atau disuruh-suruh,
Doktor, tarik selimut pakcik! Pakcik sejuk.
dan merengus seraya menutup matanya seolah-olah saya memang tak wujud di situ. Well, memang pakcik ni agak rabun, so memang gemar menutup mata all the time.
[kredit]
Terasa geram kerana perbuatannya begitu menyebabkan saya harus lama di situ, sedangkan patient lain masih ramai yang perlu difollow up. Apapun kerja tetap kene jalan, dia patient saya, tanggungjawab saya, dan sebab yang lebih utama, nanti kene marah dengan boss, hehe...
Walaupon pakcik ni grumpy, dengan garis mulut melengkung ke bawah, saya tetap merasa hiba setiap kali melihat dia terbaring di wad berekon itu keseorangan. Hanya sekali sekala datang isterinya menemani, dan lebih jarang lagi kelihatan anak-anaknya disisi. Kasihan...

Sehingga satu hari yang memang indah, sewaktu ward round, seperti biasa dia menyuruh-nyuruh,
Doktor, tarik selimut pakcik!
dan dengan tensyen tahap dewa, saya menarik selimut dia. Tiba-tiba, dia tersenyum sambil mata terpejam, dan berkata dengan nada suara yang tak pernah saya dengar sebelum itu,
Doktor ni baiklah dengan pakcik.
sampai malu alah pulak dibuatnya, nasib baik pakcik tak nampak muka ketat yang terus bertukar menjadi tersipu-sipu. The simple words brought a warm smile to my face, thus magically transformed my day into one of those unforgettable one.

The next day, semasa round dengan consultant, tiba-tiba staff nurse panggil, mengatakan pakcik collapse dalam bilik air. Kami berlari ke bilik pakcik dan terus melakukan CPR, untuk 30 minit, tetapi gagal untuk revive pakcik. Setelah consultant saya keluar dari bilik itu, saya mendekati pakcik dan memegang tangan kanannya buat kali terakhir. Mata yang memang sedia berkaca-kaca semasa saya berusaha melakukan chest compression tadi tumpah saat itu, terngiang-ngiang kata-katanya semalam di telinga saya. Air mata dikesat, dan saya berlari mengejar consultant saya untuk meneruskan ward round.
*Al-fatihah untuk pakcik grumpy senyum*

Kisah 2
Kisah ini menganai pakcik india dalam usia 60an juga di 'Cardiac Rehabilitation Ward', yang dengan sangat kooperatif dan ceria semasa morning ward round. Pada suatu hari, dia meminta,
Doctor, please buy for me tiger balm will you? You may take the note in my drawer.
Saya tersenyum, dan berkata,
Ok, uncle.
dan mengorek laci di sebelahnya, tetapi tidak menjumpai apa-apa not wang ringgit. Dia tampak kecewa, tapi saya insist on buying. Tak kisah pon, tiger balm berapa la sangat.

Tetapi hari itu saya sangat sibuk, nak makan pun tak sempat, dan kemudian terus balik rumah. Dan kemudian esoknya pulak tergesa-gesa ke ward untuk mulakan morning ward round sampai tak sempat singgah di mini mart. Pakcik kelihatan hampa bila tiger balm yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Dan kesibukan hari tersebut tidak membenarkan saya turun untuk membeli tiger balm.

Keesokan harinya saya memaksa diri untuk menyempat-nyempatkan singgah di mini mart untuk membeli tiger balm. Akhirnya, sambil tersenyum puas saya berkejar ke CRW untuk menyerahkan tiger balm kepada pakcik. Alangkah terperanjatnya saya bila melihat pakcik sangat semput dengan bantuan pernafasan CPAP,

CPAP [kredit]
saya bergegas menghampirinya, dengan pandangan simpati, saya menyerahkan tiger balm itu.
Pakcik, this is the tiger balm you wanted.
Pakcik mengambil tiger balm itu dan mengangkat tangan, a thank you gesture, tanpa mampu bersuara, tampak tersiksa dengan kesemputannya. Seluruh badannya basah bermandikan keringat. Tidak lama selepas itu, pakcik mula deteriorate, CPR dilakukan, however failed to revive pakcik. Perasaan saya begitu bercampur baur, mengenangkan permintaan terakhir pakcik. Dengan mata yang berkaca-kaca, pandangan saya jatuh pada tiger balm yang masih belum dibuka, still beside the body, before going back to work.

*****

Dua kisah ini adalah antara kisah-kisah zaman housemanship yang saya ceritakan dalam 'H.O. jamming session' semalam. Masih larut dalam nostalgia masa lalu gayanya.

Kita tidak akan pernah tahu bila seseorang itu akan pergi.
Kita tidak akan pernah tahu apa perasaan dia sebelum pergi.
Tetapi alangkah indah, seandainya, ada kebaikan kecil yang kita lakukan, menjadi pengiring pemergiannya.

[kredit]
Sabda Rasulullah:
Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria [Riw Muslim]
Wallau 'alam.
Note: CPR- Cardiopulmonary Resuscitation, a.k.a bantuan pernafasan dan penekanan dada (jantung)

9 comments:

Ann Huda (Ate) said...

TQ kerana dah berjaya buat Ate mengalirkan airmata di pagi ini.. hik hik.

Puding karamel said...

oh ate
air mata saya pon bergenang2 masa tulis cite nih
pakcik senyum's existance apparently had left a big scar on me more than i thot i wud.
i wish i cud be more nicer to him?
n i wish i wud neglect all my work on the exact day pakcik tigerbalm requested his need?
i wish,i wish,i wish...
there is no 2nd chance in this field

Dinas Aldi said...

"Kita tidak akan pernah tahu bila seseorang itu akan pergi.
Kita tidak akan pernah tahu apa perasaan dia sebelum pergi.
Tetapi alangkah indah, seandainya, ada kebaikan kecil yang kita lakukan, menjadi pengiring pemergiannya."

This really touched me..thank you for writing it.

Puding karamel said...

Cikgu Dinas ~ alhamdulillah
segala pujian bagi Allah yg menglhami.
dan itu adalah perasaan yg lahir dari senyuman pakcik senyum kpd sy T_T

mylittlepencil said...

sedih,...sungguh, memg kita ni kalau buat kerja kna ikhlas kan...senyum..menerima apa jua keadaan patient...

anyway, memg patient ckp kat doktor ye slimut laa...itu la...nurse ?

sbb sepanjang sy terima rawatan di hospital...sy sgn nk ckp kat doktor di hospital,. biasanya ckp pd nurse je...hehe...

mylittlepencil said...

lg 1, nk share :)

Puding karamel said...

realiti kerja di malaysia-HO lebih rendah dari segala-galanya
yet HO adlh segala-galanya.u r d staf nes, d PPK, d clerk,d doctor, mak ptn.
reality bites...
kite, sbb tau skop kerja staf d hosp,jadi akan minta nes bantu.klo org awam pakai redah je,kadang-kadang suruh kite amik air suam kat diorang.haha.tak menang tangan,nk clerk case,refer case,blood taking,then,amik air suam.klo smpat buat la,klo x,suh nes tolong.
yap,try ikhlas,sbb klo x dpt penat je ^^V

sayatakpakaigucci said...

sedih..sob..sob(sambil kesat hingus)..

sangat terkesan dgn cerita dan juge hadith yg last tu..
mungkin sesuatu perkara tu kecil pada pandangan kite tapi memberi kebahagian pd org lain..

Puding karamel said...

^^
kisah pakcik senyum tu mmg klo terkenang,boleh bartakung air mata.
sangat terkesan dgn segaris senyuman terakhir di atas muka yg biasa mencuka tu.

hopefully,yes
kte cume boleh bagi,tp x tau impact pd mereka bagaimana pula.

glad u like it
always enjoy having u around