Saturday 18 June 2011

Hidup adalah oncall

Iya. Hidup adalah oncall.
Setiap hari adalah oncall.
25 jam sehari dan 8 hari seminggu (konon extensive sangat ler oncall nye...)
[kredit]
Jangan terhadkan skop kita hanya pada profession, yang oncall hanyalah doktor, polis, bomba, pakcik tukang servis kereta,ataupon prostitutes.
Oncall is applied to everyone, and it goes much beyond.

Profession.
Doktor, hujung minggu ni pergi kursus jantung sabtu ahad ya.
OK
Doktor, minggu depan ada brestfeeding course 3 hari, selasa sampai kamis, doktor jadi speaker ye.
OK
Doktor, minggu depan Jumaat ada ceramah HIV di PLKN, kena buat aktiviti macam-macan tu.
OK
Semua info datang 6 hari sebelum aktiviti, dan mau tak mau kena jalankan jugak. Ekceli, 6 hari cukup untuk prepare, tapi kalau dah berderet sabtu ahad selasa rabu kamis jumaat tu, tak ke kelam kabut? Tapi hidup ini adalah oncall, redah je.
Lebih horor, oncall yang memang betul-betul oncall masa housemanship days.
Weh, kawan ni sakit. Kejap lagi oncall dengan saya ye...Orang lain semua tak boleh.
Errr.... O-----K-----
[kredit]

*penuh tak rela,ye la, nak oncall kene prepare mental sehari semalaman kot*
Paling habis horor adalah oncall jenis back to back. Bukan 33 jam, tapi 57 jam!!!sabtu full-ahad full-isnin ofis hour.
Macamana ni...member ni tetibe MC sakit mata pulak. Semua tak mahu ganti. Tak kan I nak oncall sorang-sorang...
*GULP* O~~~ K~~~~
[kredit]
Ahad malamnye tu memang saya flat semasa oncall... Nasib baik partner saya memahami, bahawasanya saya ni bukanlah robot.

Femili
Kalau oncall yang dekat-dekat tu tak apa.
Mak (nenek sbenonye, tapi dipanggil mak) nak pi tengok abang long masuk spital. Mai hantaq mak sat.
Iya lah mak.
Yang sedikit haru adalah apabila baru je seminggu balik kembali ke Sabah, sekali ayah telefon.
Mama nak kena operation bulan depan. Kalau boleh balik la ya...
Oh, mesti la kakak balik.
Iya, memang itu notis 3 minggu awal, tak ada masalah. tapi masalahnya adalah pada tiket kapetebang yang dah makin mencanak-canak naik... Dan semasa menjaga mama, tetiba doktor discajkan dia sehari lebih lambat dari jangkaan. Dan tiket balik burn dengan jayanya. Dan partisipasi ke kem kesihatan yang dijadualkan di Sabah pon terpaksa dibatalkan. Demi mama, no hal. Hidup adalah oncall.

Jemaah, a.k.a. NGO
Akak, hujung minggu ni bagi motivasi ye. Bahan menyusul tetengah minggu nanti.
OK
Maka tercetuslah dilema si pesimis seperti di post Bila si pesimis dikehendaki bersuara .
Esok tolong escort makcik ke mukhayyam. Makcik risau la tak ada orang tua di sana tengok budak-budak tu.
Baiklah makcik *dalam hati, uhh, ranap plan hujung minggu T_T*
Sekolah dan Kawan
Yang ni tak payah elaborate kot, semua orang pon paham sangat kan....homework turun dari langit, kawan menyita masa dengan curahan masalah atau ajak teman kemana-mana, biasak lah tu kan.
Hak mereka pon tak boleh diabaikan.

Buat baik sesama manusia, tuhan akan buat baik kepada kita.
Bak kata lagu Sami Yusuf berjudul 'Healing'
Heal and you will be healed, Break every border
Give and you will receive, اIt’s Nature’s order


Dan juga kerana berbekalkan semangat 'Infiruu...' [At-Taubah:41]

 Berangkatlah kamu baikdengan rasa ringan maupun dengan rasa berat...
Tapi, oncall yang paling kerap fail adalah, dengan tuhan sendiri. Berapa kali jek berjaya bangun tahajud seminggu? Huhu...cemana ni?

-maap,pos kali ini agak panjang untuk membalas dendam akibat tak dapat blogging seminggu-

10 comments:

Syafa Mohamed said...

sbg renungan,muhasabah lagi jom:)

The Mind of Super Muslim said...

WOW! 25/8

Mak MEMBULAT syhd kata kita kena jadi SUPER ULTRAMAN sebab setiap saat kehidupan adalah untuk ALLAH, oncall setiap saat (mewakafkan diri kepada Allah).

Lagi, mak MEMBULAT syhd kata... Bila kita dah oncall dengan Allah (seawal pagi, kita takkan rasa penat (tapi sebagai manusia memang ada sikit dan kadang-kadang banyak rasa).

Puding karamel said...

syafa~huhu...tu la, mmg penyakit.nak-nak mgg ni mmg fail sbb tiap2 hari tido jam 2pg.kompem x terbangun.

Puding karamel said...

cu ee~Mak membulat kte sama kan???haha
betul setuju tahap gaban. oncall dgn allah adalah setiap saat, tapi kenapa malah hak Dia neglected, hak manusia pulak berusaha dipenuhi.
dush, bagaikan dilempang-lempang.

tq cuee, atas kata-kata yg menyuntik smangat.lepas ni teruskan mujahadah oncall...

anahazirah said...

oho seram seram seram...itulah hidup b-erti pd yg memberi..utk mendpr fauzaul kabir!! allahuakbar

Ann Huda (Ate) said...

Bila baca di atas tu (especially tang keja di 'spital') hang main dok okkkkk jer ek? Tang oncall dg Allah hang habaq jab lagi (snooze alarm), jab lagi(snooze alarm)..tup tup dah subuh. Tol dak?

Adegan main2 alarm di ats itu adalah berdasarkan pengalaman pribadi pengomen ;).

Puding karamel said...

zra~ seram x seram, redah jer...
selamat menempuh alam hosmenship la ey.gud lak.bile la kte nk jmpe?huhuhu

Puding karamel said...

ate~ouh,pedis dan zasssss giler...
TT_TT
memang rajin jugak main tut cak ngan alarm.isk...

mylittlepencil said...

ana trtunggu2 pos mcm niii...cerita ttg kerja...dpt menyediakan kami yg bakal bkerja nii...jzkk ukhti...moga ana kuat mcm ukhti inshaAllah !

Puding karamel said...

amiiiiiiiiinn.
in fact sy yakin ukhti akn jauh,lebih kuat dr sy...